Penjagaan Kulit Muka Berjerawat & Cara Penjagaan Kulit Muka Berminyak bagi lelaki dan perempuan yang ada kulit sensitif dengan cara yang betul.
InsyaAllah, saya akan kongsikan pengalaman saya dalam menjaga kulit yang sensitif. Pelbagai sabun muka yang saya guna, pelbagai ubat saya makan dan pemakanan juga saya jaga, tapi masih tidak berkesan . Tetapi, kini saya telah mengetahui cara & tips penjagaan kulit muka berjerawat dan berminyak dengan cara yang betul.
Kini, kulit wajah saya telah beransur pulih dengan cara yang saya amalkan untuk mengatasi masalah jerawat dan berminyak.
Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control).
Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera.
Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, saya boleh makan kerang.)
Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Bagi saya, saya tidak boleh makan kacang tanah, tetapi saya boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit individu.)
Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu.
Kurangkan makanan berminyak
Minum air dengan banyak setiap hari
Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air.
Elakkan yang mengandungi ‘mineral oil’.
Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.
Penjagaan kulit muka berminyak dan berjerawat
Penjagaan kulit muka berminyak dan berjerawat
Bonus !
Merawat muka berminyak dengan buah epal
Ambil sebiji buah epal, kemudian potong dan masukkan dalam mesin pengisar,kisar epal tersebut sehingga halus tanpa menggunakan air.kemudain ratakan keselurah wajah ( pastikan wajah dibersiahkan terlebih dahulu )biarkan selama 20 minit dan bilas dengan menggunakan air suam dan air sejuk . Lakukan seminggu sekali..insyaallah.
Selamat mencuba



Posted in: 
0 comments:
Post a Comment