Muka Berminyak dan Naik Jerawat

Soal Jawab Kecantikan

Soalan:


Saya seorang pelajar berusia 14 tahun. Masalah yang saya hadapi ialah kerap mengalami kulit muka berminyak dan berjerawat.
Muka saya mudah berminyak terutama ketika penat, berpeluh dan sewaktu sedang belajar di dalam kelas. Keadaan ini menyebabkan saya selalu berasa kurang selesa, lebih-lebih lagi semasa sedang belajar.
Jerawat yang tumbuh adakalanya sampai mengeluarkan nanah. Namun, ianya taklah terlalu ketara dan masih lagi Acneagak terkawal.
Saya kini menetap di asrama. Apakah faktor kebiasaan yang menyebabkan masalah kulit muka berminyak dan berjerawat ini? Adakah ada kaitan dengan kondisi di asrama? Apakah langkah-langkah dan panduan untuk mengatasi masalah ini?



Jawapan:

Kulit muka yang berminyak selalunya disebabkan oleh kulit yang kering contohnya disebabkan tidak mempunyai lembapan yang cukup. Cara mengatasainya ialah dengan menggunakan pelembap.
Mereka yang memiliki kulit muka berminyak selalunya akan mengelak dari menggunakan pelembap kerana berpendapat penggunaan pelembap akan menyebabkan kulit semakin berminyak. Akan tetapi, yang sebaliknya berlaku.
Lembapan dan minyak adalah dua perkara yang berbeza. Apabila kulit tidak mempunyai cukup lembapan, lebih banyak minyak (sebum) akan dikeluarkan bagi menutup lapisan atas kulit untuk mengelakkan lebih banyak lembapan kulit dari meruap.
Kesannya, jerawat akan lebih mudah atau kerap terjadi kerana kulit wajah bercampur dengan minyak dan menyebabkan liang tersumbat.
Oleh itu, disarankan penggunaan pelembap dari jenis gel. Pelembap gel adalah lebih sesuai untuk kulit berminyak.

1 comments:

galaineuhde said...

SlottyR Casino - MapyRO
SlottyR Casino 용인 출장안마 - MapyRO is a gaming and 광주광역 출장샵 gaming 사천 출장마사지 site. The site currently has 631 slot machines, with 부천 출장안마 over 제주도 출장안마 400 games.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes